“[99.1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[99.2] Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[99.3] Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “”Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”"
[99.4] Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[99.5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[99.6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[99.7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[99.8] Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”